Hotel kucing @ pets boarding

on Monday, January 6, 2014

Pasti ramai yg ada bela kucing. Seronok ada kucing ni kan? Macam saya sendiri kucing yg ada ni aktif (jenis oriental shorthair). Suka main. Asal buka pintu nak keluar je mesti dia pun ikut sama hantar sampai kereta. Sampai rumah nanti dia la yg tunggu dulu. It's a good therapy especially bila anak2 dah pergi sekolah & kita keseorangan di rumah. Tolong teman kemas rumah lagi! Ha! Ha! Ha! :-D Tapi masalahnya dgn kucing ni bila kita nak keluar outstation tu susah la pulak nak tinggalkan sbb nnt teringat2 aje.. Makan macam mana, nanti balik rumah ada lagi ke tak so bagi saya 'Pet Boarding' memainkan peranan yg agak penting pada pet lovers yg sibuk macam kita ni.. 


Saya asalnya terjumpa kedai ni masa nak u-turn je sebenarnya. Terletak di Matang Pagar (sebelah bukit rahman putra, sg buloh). Kalau tak tengok betul2 mesti tak nampak dari jalan besar sbb di buka di tanah lot tak terancang. Pemiliknya seorang adik lelaki yg bagi saya agak muda. Awal 20-an kot. Sanggup berhenti kerja utk jaga full time kedai + hotel ni. Kucing2 dia pun banyak yg menang hadiah beberapa pertandingan. Bukan setakat kucing, dia sendiri ada bela musang, hedgehog, etc. Memang suka haiwan dia ni. 
Kita boleh tau yg dia ni ada ilmu pelihara haiwan sbb bila kita tanya dia tau je jawapan & penyelesaian. Ye la, kalau tak takkan la dia buka kedai haiwan kan? Hi.. hi.. Dan dia boleh recommend apa yg terbaik utk kucing kita dengan budget yg kita ada.. To me he only sell the best for your pets so brand2 w****s tu mmg xde jual di sini ye so you can expect to get the best for your pets (ikut budget kita of course).. In fact supplement yg dia suggest utk flu kucing saya pun sgt bagus.
Harga murah sikit dr pet shop kat luar yg saya pernah pergi. Macam kucing saya makan Royal Canin utk Kitten. 2kg = RM 69 kat sini tp kat kedai luar RM75. Kalau berminat nak hntr haiwan peliharaan kat sini anda boleh la tanya harga ye sbb saya dah terlupa pula berapa hari tu tp anda kena pastikan kucing anda tu di vaksin dulu sbb takut nanti berjangkit pula penyakit. 

Hari tu tengok hotel kucing dia, to me bersih. Siap pasang kipas lagi utk kucing2 tu. Tingkap pun terbuka utk pengudaraan yg bagus dan ops! Ada musang buah la! Rupa2nya tokey kedai punye juga, kucing bengal pun dia punye tp sayang saya tak ambil gambarnya sbb terleka sgt tengok kucing2 tu hi.. hi.. Yang gebu ada, yg baka mahal ada, yg dia kutip pun ada! Release stress hi.. hi.. Buat masa ni (setakat entri ni ditulis) belum ada lagi anak2 kucing utk dijual. Yang ada kat atas ni dah abis dijual. 

Kalau call dia & anda berminat utk pergi anda pergilah ye. Nampak je tulis kat situ Kampung Matang Pagar tp sebenarnya cuma 10 minit dari Hospital Sungai Buloh @ 5 minit je dari McDonald Bukit Rahman Putra. Seronok pergi sana.... :-)


Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

ʓƲНΑΙЯΑН a.k.a adk zue said...

boleh tolong dapat kn num dia tak??


August 25, 2014 at 9:53 PM
Lyn Linda said...

ada tulis kat flyer tu.. kecik sgt kot hi.. hi.. ok, no hp dia 011 3702 6356 ye :-)


August 26, 2014 at 5:51 AM
izzuhairi ishak said...

Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html


May 22, 2017 at 9:44 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved