Mendidik anak cara Islam

on Wednesday, June 19, 2013

Zaman sekarang ni bukan mudah mendidik anak terutamanya zaman sains & teknologi sekarang di mana kebanyakan kanak2 di sogokkan dgn tab, ipad & handphone. Belum termasuk tv lagi. Gadjet ni kalau salah klik ada la kandungan2 yg tak bersesuaian umur akan keluar. Tak semestinya dlm katagori 'sx18' tp yg ganas seperti tumbuk-menumbuk, bercakap kasar, jerit menjerit, etc pun boleh tengok. Bak kata seorang ulama 'Jangan kamu bimbang apa yg anak kamu lakukan tp bimbanglah dengan apa yg anak kamu lihat' sbb kanak2 ni suka ikut & buat apa yg mereka lihat. Sebab tu Prof Muhaya pernah berkata, kalau anak2 tu baik & jahat lihatlah ibubapa mereka. Hmmm.. mencabar juga jadi ibubapa zaman sekarang ni. Nak jadi contoh pada anak tp diri sendiri pun tak perfect lagi. 

Kalau tak bagi anak2 guna gadjet cam tab @ laptop pun tak boleh juga sbb zaman skrg ni zaman teknologi. Ustaz2 pun berdakwah guna fb & website. Jadi kalau nak bg anak guna gadjet selalulah perhatikan apa yg mereka buat & selalu ingatkan 'Ibu tak nampak tapi Allah sentiasa nampak so jgn buat benda2 tak elok dalam fb ye. Kalau buat juga nnt adalah benda tak baik yg akan terjadi, maksudnya Allah marah dgn kita'. Kita kena selalu cakap macam tu dgn anak supaya dia takut dgn Allah & supaya dia tahu walaupun kita tiada tp Allah sentiasa memerhati.

Kehidupan seharian yg sibuk selalu buat kita lupa serentak dgn itu bila rasa lalai saya selalu ingatkan diri saya supaya mendidik anak ikut cara Rasulullah s.a.w & sudah tentu apa yg junjungan kita sarankan itu pasti ada hikmahnya. Cuba kita perhatikan di sini & nilaikan sendiri ;

Tahap Pertama (0-6 tahun - mumayyiz)
Pada peringkat umur ini anak hendaklah disayangi dengan kasih sayang, diajak bermain & bergurau supaya anak rasa kita adalah tempat rujukan mereka yg terbaik.
~ Respond la dgn soalan mereka walaupun kita tak tau & bila bercakap dgn mereka pandang muka mereka riak yg menyenangkan
~ Biasakan bila kita bercakap dgn anak suruh mereka pandang muka kita supaya ada 2-way communication

Tahap Kedua (7-12 tahun)
Hendaklah kita mendidik anak kita dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa & ibadah yg lain
~ Pada umur ini anak sgt suka ikut apa yg kita buat termasuklah pakai kasut tumit tinggi, bermekap, etc jadi pastikan kita sendiri kena betulkan diri kita. Elok juga sbb inilah masa yg terbaik utk kita baiki diri sendiri
~ Pastikan tonasi suara kita berbeza masa ;
* kita berbual2 - nada mesra sambil mengusik & gelak2
* beri arahan - suara tegas & berdiri tegak depan mereka (sambil cekak pinggang ke) sehingga mereka buat apa yg kita arahkan.  Elakkan kita rasa marah pada anak ditakuti kalau kita marah pada anak nnt anak akan jadi anak derhaka
~ Mesti tegas dgn anak dalam bab ibadah. Denda jika tak lakukan yg wajib
~ Pada umur inilah kena terapkan nilai menjaga hubungan dgn Allah & hubungan sesama manusia tu. Apa peri pentingnya solat itu, kenapa perlu menutup aurat, kenapa perlu hadir ke kenduri kendara & kematian, etc.

Tahap Ketiga (13 - 21 tahun)
Mendidik dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat
~ Pada umur ini anak lebih mudah ikut rakan2 jadi jgn biarkan mereka 'hanyut' dgn kawan2. Jadilah tempat yg selesa utk anak mengadu & mereka rasa selamat dgn kita
~ Remaja tak suka dimarahi jadi elakkan marah anak depan khalayak

Tahap Keempat (21 tahun ke atas)
Ibubapa hendaklah memberikan kebebasan bertingak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 
~ Pada umur ini biasnya kita sudah boleh lihat 'hasil' didikan kita dalam 3 peringkat tadi.

Jangan sekali2 kita patah semangat @ kecewa kalau anak2 tak menjadi seperti yg kita harapkan. Doa ibubapa tu senjata yg sgt berkuasa jadi berdoalah supaya anak kita menjadi soleh & solehah. Mungkin sekarang mereka tak berubah tp bila dah matang mereka akan sedar & berubah. Sentiasa ingat 'Yang penting bukan di mana kita bermula tp di mana kita berakhir'.. wallahualam...
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

zu_e9 said...

mohon share ye..tq


June 19, 2013 at 9:12 PM
Lyn Linda said...

ok, boleh je hi.. hi.. :-)


June 20, 2013 at 3:05 AM
Ahmad Wardi Abdullah said...

Salam sis, mohon share jugak.. dekat seluruh staff UTP.. tq


December 12, 2013 at 11:46 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved