Showing posts with label Islam is the way of life. Show all posts
Showing posts with label Islam is the way of life. Show all posts

Tanda-tanda lelaki di cintai jin betina

on Wednesday, August 27, 2014


Selalu kita dengar wanita dicintai oleh jin.. Tahukah anda yg lelaki juga boleh dicintai oleh jin betina? Ini tanda2nya ;
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Islam ada menyarankan cara yg terbaik utk menjauhkan diri dari jin. Sebaik2nya mula amalkan ayat2 ruqyah dari awal. Atau sentiasa pasang di rumah & tempat kerja. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat & lindungan Allah s.w.t.
Amalkanlah utk sentiasa memasang & mengikuti ayat2 ruqyah ini

MasyaAllah! Subhanallah! Rezeki pagi jumaat..

on Thursday, September 12, 2013

Pagi tadi seperti biasa, lepas sarapan dengan mak kami pergi kedai beli sayur & ikan pula. Tiba2.. "Eh! tengok tu mak! Ada durian la".. "Meh kita tengok!" kata mak. Dah beberapa minggu nak cari durian utk buat tempoyak. Suami & anak2 suka makan durian colek so kami lebih suka beli durian & kopek sendiri utk buat tempoyak. Beli kat kedai lain sgt rasanya, kawan2 kata orang yg buat tu campur dengan pisang.. wallahualam.. yg saya tau tak sedap je.. hi.. hi.. :-)

Tengok pun tau mmg durian tu tak la elok sgt tp kami mmg cari utk yg stock buat tempoyak jadi buahnya tak perlu la 'cantik' sgt. Sambil mak beli kuih kat tepi tu saya pun bertanya pada si penjual durian.. "Berapa selonggok ni dik?".. "RM10 kak".. saya tengok ada 4 biji selonggok.. biasa mcm kat tempat pasar malam tu.. bila bau tak la wangi sgt, cam ala2 buah tak berapa elok.. Mak pun datang.. "Macam mana?" tanya mak.. "Hmmm... tak berapa la mak" kata saya.. Kami dah berkira2 utk balik bila tiba2.... "Nok hak yg buleh buat tempoyok nu dalam hok bakul nu.. RM25 jah.. amik la kalau nak" kata makcik yg jual kuih tu.. rupa2nya durian tu dia jugak yg jual tp anaknya yg jaga.. Saya pandang mak.. ada dekat 20 biji dalam tu tp mmg la buah2nya mmg stock buat tempoyak aje.. "Tapi saya nak sikit je.. nak RM10 je" kata saya... "Nah! amik hok ni.. RM10 jah" kata makcik tadi sambil menarik sebuah bakul lagi yg agak tersorok di belakang.. Dekat 10 biji! Saya pandang mak & mak pandang saya.. "Boleh la makcik!" kata saya tanpa berfikir panjang.. Terdetik dalam hati.. Betul la Allah tu kata kita ni kalau beli orang tua 60 tahun ke atas kita ni sebenarnya menumpang rezeki orang tua.. Sedangkan tadi boleh je makcik tu jual kat saya 4 biji = RM 10...

RM10 je selonggok ni... 11 biji semuanya...

Di rumah duduk la kami dua beranak kat dapur.. "Yang nak buat tempoyak letak dlm tupperware putih ni, yg elok utk buat bubur atau kuih letak dalam tupperware kuning ni" kata mak. Saya kopek & mak keluarkan isinya.. Mak jadi tester utk tentukan nak masuk dalam tupperware yg mana 1.. Dulu pernah beli kat pasar malam RM10 = 4 biji.. 2 biji je yg boleh buat tempoyak & 2 biji tu buang tong sampah! Jadi kali ni saya tak mengharap apa2 sgt sebab beli pun murah.. Janji lepas utk stok tempoyak pun ok la.. 1 persatu saya kopek & save the best for last kata orang putih so saya kopek yg paling besar tu akhir sekali. "Eh! Ni sedap la.. Isi pun tebal" kata mak... Sebab buah tu besar rasa lama pula nak keluarkan isi.. tiba2.. "Eh! Berapa ruas durian ni? Tak abis2.. Banyak pula isinya" kata mak... "Cuba kumpul kulitnya" kata saya.. Nah!.... Tengok sendiri.. dah la buah besar kan? ruasnya pula ada.....



7! "SubhanAllah! MasyaAllah!" terpacul dari mulut mak.. "7 ruas rupanya durian ni. Biasa 5 kan?" kata mak.. Mmg semua isinya kami ambil sebab elok2.. Habis semua dikopek inilah hasilnya....


Hasil durian RM10


2 biji yg belum kopek tu utk anak2.. isi elok2 & sesuai utk anak2 makan.. yg bekas kuning tu elok2 & utk buat kuah @ kuih.. yg bekas putih tu utk buat tempoyak.. ingat banyak yg tak elok so bekasnya besar.. yang kanan sekali & paling besar durian 7 ruas & cuma sebiji je yg masuk tong sampah! Syukur sgt rezeki pagi jumaat. "Moga Allah murah kan lagi rezeki makcik tu & majukan perniagaannya" kata mak sambil menadah tangan mendokan utk makcik tadi. RM10 je, syukur sgt. Inilah dikatakan berkat bela orang tua kot fikir saya dalam hati sambil menjilat2 jari yg penuh dengan durian tadi... :-)

"Pandang muka mak dapat pahala, layan mak dpt pahal" kata ustaz kazim. Betul la kata2 ustaz tu. Memang betul banyak cabaran bela orang tua ni. Mula2 dulu satu cabaran bagi saya sbb cara mereka berbeza dengan kita tp lama2 saya belajar utk redha & 'layan' aje la.. Saya ni orang berniaga jadi saya perasan kalau saya layan mak saya walau sekadar urut kaki dia pun nanti tiba2 je ada orang nak order barang la, nak itu la nak ini la.. ntah dari mana datangnya pun tak tau tp saya yakin itulah janji Allah bahawa orang yg bela orang tua ni kita sebenarnya menumpang rezeki dia.. Kalau bawa mak tu pergi jumpa kawan2 dia balik rumah nanti penuh je bonet dengan macam2.. Sebenarnya rezeki tu mmg separuh je dari usaha kita & separuh tu lagi dari redha mak ayah sbb Allah dah kata redha Allah tu dtgnya dari redha mak ayah. Kalau kita usaha sekali pun kalau mak ayah x redha hidup kaya tapi hati tak senang pun tak guna juga. Jadi apa kata mulai hari ni kita cuba utk ambil berat tentang mak ayah kita sedikit demi sedikit. Moga2 kita semua menjadi anak yg soleh & solehah.. amin... :-)

Salam Ramadhan! Cubalah tips utk kekal segar sepanjang Ramadhan ini..

on Tuesday, July 9, 2013

Maka bermulalah 1 Ramadhan hari ni. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelanggan, bakal2 pelanggan & downline2 saya. Semoga ibadah ini lebih baik dari tahun sebelumnya & ibadah kita diterima tuhan...


Jangan lupa baca niat berpuasa & doa berbuka ni ya....




Tips : kalau tak nak penat & mengantuk semasa berpuasa lepas sahur tu mandi & solat subuh. Baca quran sebentar & teruskan dengan rutin harian. Jangan tidur selepas sahur, walaupun sebentar akan menyebabkan kita mamai. Jangan tidur  semasa matahari naik sbb akan menyebabkan sakit kepala. Tidurlah selepas solat zohor. Memang susah utk yg pertama kali cuba tapi mmg berkesan walaupun utk kanak2.. Masa berbuka puasa pula nanti berbukalah dengan kurma & segelas air kacang soya suam. Air batu @ air sejuk akan melemahkan badan, air soya akan memberi tenaga kerana mengandungi kandungan protein yg tinggi.. Kalau ada tips2 lain yg nak di share sila komen di bawah ye.. kalau nak cuci mata @ nak cari barang2 keperluan puasa & raya boleh la klik sini.. Selamat menjalani ibadah puasa semua!


Mendidik anak cara Islam

on Wednesday, June 19, 2013

Zaman sekarang ni bukan mudah mendidik anak terutamanya zaman sains & teknologi sekarang di mana kebanyakan kanak2 di sogokkan dgn tab, ipad & handphone. Belum termasuk tv lagi. Gadjet ni kalau salah klik ada la kandungan2 yg tak bersesuaian umur akan keluar. Tak semestinya dlm katagori 'sx18' tp yg ganas seperti tumbuk-menumbuk, bercakap kasar, jerit menjerit, etc pun boleh tengok. Bak kata seorang ulama 'Jangan kamu bimbang apa yg anak kamu lakukan tp bimbanglah dengan apa yg anak kamu lihat' sbb kanak2 ni suka ikut & buat apa yg mereka lihat. Sebab tu Prof Muhaya pernah berkata, kalau anak2 tu baik & jahat lihatlah ibubapa mereka. Hmmm.. mencabar juga jadi ibubapa zaman sekarang ni. Nak jadi contoh pada anak tp diri sendiri pun tak perfect lagi. 

Kalau tak bagi anak2 guna gadjet cam tab @ laptop pun tak boleh juga sbb zaman skrg ni zaman teknologi. Ustaz2 pun berdakwah guna fb & website. Jadi kalau nak bg anak guna gadjet selalulah perhatikan apa yg mereka buat & selalu ingatkan 'Ibu tak nampak tapi Allah sentiasa nampak so jgn buat benda2 tak elok dalam fb ye. Kalau buat juga nnt adalah benda tak baik yg akan terjadi, maksudnya Allah marah dgn kita'. Kita kena selalu cakap macam tu dgn anak supaya dia takut dgn Allah & supaya dia tahu walaupun kita tiada tp Allah sentiasa memerhati.

Kehidupan seharian yg sibuk selalu buat kita lupa serentak dgn itu bila rasa lalai saya selalu ingatkan diri saya supaya mendidik anak ikut cara Rasulullah s.a.w & sudah tentu apa yg junjungan kita sarankan itu pasti ada hikmahnya. Cuba kita perhatikan di sini & nilaikan sendiri ;

Tahap Pertama (0-6 tahun - mumayyiz)
Pada peringkat umur ini anak hendaklah disayangi dengan kasih sayang, diajak bermain & bergurau supaya anak rasa kita adalah tempat rujukan mereka yg terbaik.
~ Respond la dgn soalan mereka walaupun kita tak tau & bila bercakap dgn mereka pandang muka mereka riak yg menyenangkan
~ Biasakan bila kita bercakap dgn anak suruh mereka pandang muka kita supaya ada 2-way communication

Tahap Kedua (7-12 tahun)
Hendaklah kita mendidik anak kita dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa & ibadah yg lain
~ Pada umur ini anak sgt suka ikut apa yg kita buat termasuklah pakai kasut tumit tinggi, bermekap, etc jadi pastikan kita sendiri kena betulkan diri kita. Elok juga sbb inilah masa yg terbaik utk kita baiki diri sendiri
~ Pastikan tonasi suara kita berbeza masa ;
* kita berbual2 - nada mesra sambil mengusik & gelak2
* beri arahan - suara tegas & berdiri tegak depan mereka (sambil cekak pinggang ke) sehingga mereka buat apa yg kita arahkan.  Elakkan kita rasa marah pada anak ditakuti kalau kita marah pada anak nnt anak akan jadi anak derhaka
~ Mesti tegas dgn anak dalam bab ibadah. Denda jika tak lakukan yg wajib
~ Pada umur inilah kena terapkan nilai menjaga hubungan dgn Allah & hubungan sesama manusia tu. Apa peri pentingnya solat itu, kenapa perlu menutup aurat, kenapa perlu hadir ke kenduri kendara & kematian, etc.

Tahap Ketiga (13 - 21 tahun)
Mendidik dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat
~ Pada umur ini anak lebih mudah ikut rakan2 jadi jgn biarkan mereka 'hanyut' dgn kawan2. Jadilah tempat yg selesa utk anak mengadu & mereka rasa selamat dgn kita
~ Remaja tak suka dimarahi jadi elakkan marah anak depan khalayak

Tahap Keempat (21 tahun ke atas)
Ibubapa hendaklah memberikan kebebasan bertingak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 
~ Pada umur ini biasnya kita sudah boleh lihat 'hasil' didikan kita dalam 3 peringkat tadi.

Jangan sekali2 kita patah semangat @ kecewa kalau anak2 tak menjadi seperti yg kita harapkan. Doa ibubapa tu senjata yg sgt berkuasa jadi berdoalah supaya anak kita menjadi soleh & solehah. Mungkin sekarang mereka tak berubah tp bila dah matang mereka akan sedar & berubah. Sentiasa ingat 'Yang penting bukan di mana kita bermula tp di mana kita berakhir'.. wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved