Elak ketegur bayi

on Wednesday, June 5, 2013

Kelmarin biras mengadu bayinya yg berumur 10 bulan selalu menangis malam2 tak boleh nak tidur malam, kena ketegur kata orang tua. Biasanya jadi bila siang tu dorang pergi kenduri, ramai orang yg bergilir2 dukung anak dia. Mana taknya, cubalah tengok anak dia, cute kan? hi.. hi.. 


Kata orang tua juga ketegur ni bukan la benda yg tak baik. Sekeliling kita ada benda halus yg kita tak nampak kan? Kadang2 benda halus ni tegur la "Comelnya budak ni" atau "Cerdiknya budak ni" dahhhh kena ketegur. Tanda2 ketegur ni pula anak tak boleh tidur malam, menangis malam2 @ merengek je, kalau mata dia terlelap aje dia tersentak & menangis. Kadang2 sampai bawah mata tu hitam la sbb dia tak  boleh nak tidur. Jadi utk mengelakkan dia kena ketegur tu teringat la saya akan petua orang tua ni... Sebelum bawa anak keluar rumah, sapukan sendi2 anak dgn minyak busuk! Ideanya mcm ni, baby kan wangi so benda2 halus ni suka la kat dia jadi utk mengelakkan baby ni dari menarik perhatian benda2 halus ni kita busukkan dia! ha! ha! ha! cam zalim je bunyinya kan? cuma pakaikan dia dgn minyak busuk ni la.. itu je, jgn lak sapu benda2 busuk kat anak lak ye hi.. hi.. 

Cara2 nak buat minyak busuk ni senang aje... Bahan2nya ;
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 tangkai daun garuda (ada juga orang panggil daun busuk)
  • 1 biji bawang putih (diketuk)
  • 3 biji lada hitam
  • 1 botol mudah bawa (utk isi minyak ni)

Yang lain2 tu senang cari kot tp daun garuda tu mungkin ramai orang tak tahu. Ni daun garuda ye, boleh cari kat nursery bunga tu.. Kredit kepada Mr Kumai utk gambar ini hi.. hi..


Masukkan minyak tu dlm 1 bekas & kemudian masukkan bawang putih yg telah diketuk tadi bersama daun garuda. Ramas ketiga2 bahan ini utk mengeluarkan baunya. Akhir sekali masukkan lada hitam & siap! Masukkan dalam botol..

Cara pakai minyak ni pula.. Selawat dulu & minta pada Allah supaya lindungi anak kita kemudian calit sedikit di ubun2, belakang telinga, pelipat tangan, pelipat lutut & akhir sekali tapak kaki. Ingat ye, yg melindungi itu Allah usaha kita cuma sapukan minyak tu je. InsyaAllah anak kita tak kena ketegur.. Cubalah!

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved