MasyaAllah! Subhanallah! Rezeki pagi jumaat..

on Thursday, September 12, 2013

Pagi tadi seperti biasa, lepas sarapan dengan mak kami pergi kedai beli sayur & ikan pula. Tiba2.. "Eh! tengok tu mak! Ada durian la".. "Meh kita tengok!" kata mak. Dah beberapa minggu nak cari durian utk buat tempoyak. Suami & anak2 suka makan durian colek so kami lebih suka beli durian & kopek sendiri utk buat tempoyak. Beli kat kedai lain sgt rasanya, kawan2 kata orang yg buat tu campur dengan pisang.. wallahualam.. yg saya tau tak sedap je.. hi.. hi.. :-)

Tengok pun tau mmg durian tu tak la elok sgt tp kami mmg cari utk yg stock buat tempoyak jadi buahnya tak perlu la 'cantik' sgt. Sambil mak beli kuih kat tepi tu saya pun bertanya pada si penjual durian.. "Berapa selonggok ni dik?".. "RM10 kak".. saya tengok ada 4 biji selonggok.. biasa mcm kat tempat pasar malam tu.. bila bau tak la wangi sgt, cam ala2 buah tak berapa elok.. Mak pun datang.. "Macam mana?" tanya mak.. "Hmmm... tak berapa la mak" kata saya.. Kami dah berkira2 utk balik bila tiba2.... "Nok hak yg buleh buat tempoyok nu dalam hok bakul nu.. RM25 jah.. amik la kalau nak" kata makcik yg jual kuih tu.. rupa2nya durian tu dia jugak yg jual tp anaknya yg jaga.. Saya pandang mak.. ada dekat 20 biji dalam tu tp mmg la buah2nya mmg stock buat tempoyak aje.. "Tapi saya nak sikit je.. nak RM10 je" kata saya... "Nah! amik hok ni.. RM10 jah" kata makcik tadi sambil menarik sebuah bakul lagi yg agak tersorok di belakang.. Dekat 10 biji! Saya pandang mak & mak pandang saya.. "Boleh la makcik!" kata saya tanpa berfikir panjang.. Terdetik dalam hati.. Betul la Allah tu kata kita ni kalau beli orang tua 60 tahun ke atas kita ni sebenarnya menumpang rezeki orang tua.. Sedangkan tadi boleh je makcik tu jual kat saya 4 biji = RM 10...

RM10 je selonggok ni... 11 biji semuanya...

Di rumah duduk la kami dua beranak kat dapur.. "Yang nak buat tempoyak letak dlm tupperware putih ni, yg elok utk buat bubur atau kuih letak dalam tupperware kuning ni" kata mak. Saya kopek & mak keluarkan isinya.. Mak jadi tester utk tentukan nak masuk dalam tupperware yg mana 1.. Dulu pernah beli kat pasar malam RM10 = 4 biji.. 2 biji je yg boleh buat tempoyak & 2 biji tu buang tong sampah! Jadi kali ni saya tak mengharap apa2 sgt sebab beli pun murah.. Janji lepas utk stok tempoyak pun ok la.. 1 persatu saya kopek & save the best for last kata orang putih so saya kopek yg paling besar tu akhir sekali. "Eh! Ni sedap la.. Isi pun tebal" kata mak... Sebab buah tu besar rasa lama pula nak keluarkan isi.. tiba2.. "Eh! Berapa ruas durian ni? Tak abis2.. Banyak pula isinya" kata mak... "Cuba kumpul kulitnya" kata saya.. Nah!.... Tengok sendiri.. dah la buah besar kan? ruasnya pula ada.....



7! "SubhanAllah! MasyaAllah!" terpacul dari mulut mak.. "7 ruas rupanya durian ni. Biasa 5 kan?" kata mak.. Mmg semua isinya kami ambil sebab elok2.. Habis semua dikopek inilah hasilnya....


Hasil durian RM10


2 biji yg belum kopek tu utk anak2.. isi elok2 & sesuai utk anak2 makan.. yg bekas kuning tu elok2 & utk buat kuah @ kuih.. yg bekas putih tu utk buat tempoyak.. ingat banyak yg tak elok so bekasnya besar.. yang kanan sekali & paling besar durian 7 ruas & cuma sebiji je yg masuk tong sampah! Syukur sgt rezeki pagi jumaat. "Moga Allah murah kan lagi rezeki makcik tu & majukan perniagaannya" kata mak sambil menadah tangan mendokan utk makcik tadi. RM10 je, syukur sgt. Inilah dikatakan berkat bela orang tua kot fikir saya dalam hati sambil menjilat2 jari yg penuh dengan durian tadi... :-)

"Pandang muka mak dapat pahala, layan mak dpt pahal" kata ustaz kazim. Betul la kata2 ustaz tu. Memang betul banyak cabaran bela orang tua ni. Mula2 dulu satu cabaran bagi saya sbb cara mereka berbeza dengan kita tp lama2 saya belajar utk redha & 'layan' aje la.. Saya ni orang berniaga jadi saya perasan kalau saya layan mak saya walau sekadar urut kaki dia pun nanti tiba2 je ada orang nak order barang la, nak itu la nak ini la.. ntah dari mana datangnya pun tak tau tp saya yakin itulah janji Allah bahawa orang yg bela orang tua ni kita sebenarnya menumpang rezeki dia.. Kalau bawa mak tu pergi jumpa kawan2 dia balik rumah nanti penuh je bonet dengan macam2.. Sebenarnya rezeki tu mmg separuh je dari usaha kita & separuh tu lagi dari redha mak ayah sbb Allah dah kata redha Allah tu dtgnya dari redha mak ayah. Kalau kita usaha sekali pun kalau mak ayah x redha hidup kaya tapi hati tak senang pun tak guna juga. Jadi apa kata mulai hari ni kita cuba utk ambil berat tentang mak ayah kita sedikit demi sedikit. Moga2 kita semua menjadi anak yg soleh & solehah.. amin... :-)
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Azliza Ahmad said...

Ko ni wat sedih aku jer la Alinda....huhuhu. rindu kt mak.


January 16, 2014 at 7:14 PM
Lyn Linda said...

jangan setakat sedih je.. jom jadi lebih baik dari dulu hi.. hi.. :-)


January 20, 2014 at 6:06 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved