Dah lebih setahun pembedahan tonsil kakak.. Alhamdulillah kakak dah pulih sepenuhnya, harap anda dapat manfaat dari entri saya kali ni.. Sbb masa kakak nak buat operation dulu tak banyak info yg saya dpt ttg operation ni terhadap kanak2 so I have nothing to expect.. Moga adanya entri ni parents ada la idea apa yg perlu mereka lalui bila anak2 dalam keadaan ini :-)
WARNING! Ada sesetengah gambar yg agak tidak menyenangkan jadi mohon budi bicara anda utk bertenang. Ianya hanya bersifat pembelajaran & utk memberi pendedahan je ye :-)
Dah lama kakak ada problem dengan hidungnya (klik sini utk entry bermulanya masalah alahan kakak) Bermula awal tahun lepas kesihatannya makin merosot. Jangan kata ais, air sejuk pun tak boleh minum sbb kalau minum nnt sakit tekak. Bila sakit tekak jadi flu pulak. Bila flu boleh melarat ke wheezing. Sampai 2 minggu 2 kali sedut gas! Tu tak masuk berdengkur kuat sampai kadang2 bila tidur macam nafas dia berhenti! Since tahun tu nak amik UPSR & perlu perhatian dalam pembelajaran & jerebu pula makin teruk saya bgtau doc saya x nak ubat lagi & saya nak refer pada specialist. I want to stop it once for all.. Dengan keadaan jerebu masa tu sikit pun kakak dah semput & tak pergi sekolah sampai seminggu I guess thats the best thing to do..
Berbekalkan referel letter doc masa tu pergi la kami anak beranak ke Tropicana Medical Centre. Pakar ENT masa tu Dr Bala bgtau yg tonsil kakak bengkak (tonsilitis), besarnya bengkak tu sampai menyempitkan saluran hidung sbb tu bila tidur mlm dia berdengkur sbb tak boleh bernafas kat hidung.. Tonsil kakak pun besar dari kanak2 normal yg lain.. So tekak dia sensitif.. Kalau salah makan & tekak dia bengkak makanya bermula la episod sakit tekak - hidung tersumbat - demam - berdengkur - wheezing - sedut gas tu.. Tu tak masuk jerebu lagi.. Baru jerebu nipis dia dah sakit tekak dulu.. Tido air-cond pun x boleh, kesian kan? hu.. hu.. Doctor juga kata tonsil yg bengkak tu juga telah menyebabkan tulang hidung kakak bengkok. Dulu masa kakak dalam 3 tahun doc ada cakap yg tonsil kakak besar dari kanak2 normal & mungkin kena operate buang. Tapi kami rasa mcm dia terlalu kecik lagi utk buat operation & berharap sangat bila dia makin besar tonsil tu akan kecut & jadi seperti kanak2 normal lain.. Rupa2nya tonsil yg besar tu secara perlahan2 membengkokkan tulang hidung pula.. hmmm... :'( Saya bgtau doctor yg saya ingatkan tu resdung tp doctor kata itu alahan dan bukan resdung, kalau resdung dia attack dahi, pipi & hidung.. Rasa merenyam2 tapi kakak xde tu.. Pagi2 selalu dgr hidung dia tersumbat tp bila suruh hembus & buang dia kata takde/tak boleh..
Tonsil yg merah & bengkak
Hidung pun dah tersumbat serta berlendir
Kaedah rawatan masa tu doctor suruh pilih ;
a. Puff gas. Ada 2 jenis gas (click sini utk tgk 2 jenis puff tu).. mahal gak harga dia nasib baik insurange cover hi.. hi..). Puff malam & puff sebelum tidur.. Tujuannya utk kecutkan bengkak tu. Dengan harapan bila kecut lama2 akan normal la..
b. Operation. Buang tonsil tu sbb tu punca masalahnya
Kita pilih puff gas dgn harapan dia tak perlu jalani pembedahan. Mana la sanggup tengok anak kena bedah masa kecik kan? hu.. hu.. :'( Beberapa kali appointment & puff gas pun x menunjukkan sebarang perubahan last2 (mmg last minit pun) kami decide buat je operation tu. Cuti sekolah tengah tahun masuk operation theatre utk ;
1. Buang tonsil
2. Betulkan hidung yg bengkok
Dalam kol 10 pg masuk hospital, kol 1.30ptg masuk operation theathre
Dalam 5.40ptg kuar operation theatre
Masa ni kakak mamai lagi. Ubat bius & tahan sakit tu membuatkan dia mamai & tidur sepanjang malam. . Doctor kata mamai sbb ubat bius tu ada lagi, ngantuk sbb mmg bg ubat tahan sakit so tidur je... Sekejap2 je bangun utk makan aiskrim. Kadang2 bangun dia merapau tanya kenapa dia kat hospital la, buka mata tgk kita xde kita kena marah la.. Sabor je la hi.. hi.. :-) Since buat pembedahan tonsil so dia tak boleh menelan makanan keras so aiskrim vanilla Wall's tu je yg Tropicana Medical Centre bagi.. En Husband pula belikan baskin robin tp nurse x bagi sbb masam so boleh merangsang rasa sakit nnt.. Syarat dia kena yg xde perisa so vanilla je la.. So saya belikan sendiri aiskrim vanilla Mc'donald tu sbb lebih halus & creamy jadi kurang terasa sakit kat tekak. Aiskrim wall's tu x membantu sgt sbb texture dia agak kasar pastu lambat mengurangkan perit tekak... Telan aiskrim Mc'donald tu je pun ada cara. Kena telan aiskrim tu masa beku sbb nak aiskrim tu sejukkan & cepat kecutkan tonsil tadi..
Ni tonsil yg lepas buat operation
So bayangkan ye, ulser mulut pun sakit ni kan pulak kalau seluruh tonsil tu putih (hitam tu bekas bakar) & ada sikit kat anak tekak. Formula dia senang, lagi kerap makan aiskrim lagi cepat tonsil kecut & lebih cepat baik. Ada yg lepas operation tu esoknya dah boleh makan nasi tp anak saya jenis mmg tak tahan sakit so mmg telan aiskrim je la beberapa hari tu hi.. hi.. :-) Makanan @ minuman panas tak boleh sama sekali.. Kalau tak nanti lebih byk darah (dr hidung) keluar & tonsil bertambah sakit... Macam kakak dia rasa lega sgt kalau minum milo ais so selain aiskrim dia minum milo ais je.. Bagus jugak, boleh alas perut hi.. hi.. :-)
Tiub dalam hidung utk luruskan batang hidung
Doc juga betulkan tulang hidung kakak sbb dah bengkok, mmg tak boleh biarkan sbb nnt semakin dia besar nnt sebelah hidung pula tersumbat.. So sedikit tulang hidung dibuang & tiub dimasukkan utk bentukkan balik tulang hidung tu.. Insurance kami cover so proceed with this tiub.. Ada insurance yg tak cover ye so sila check dulu ye.. This part yg paling mencabar sebenarnya sbb kena kerap buat douching supaya darah tak beku & tersumbat dalam tiub tu.. Douching ni macam bersihkan hidung tu guna air sejuk. Caranya guna syringe yg besar tu (mmg besar ok, saiznya mcm sejengkal tebu).. Gambar lupa amik pulak hi.. hi.. :-) Sedut air sejuk dalam syringe tu pastu pelan2 tolak dalam hidung... Nanti kuarlah darah2 beku dalam tu... Buat sekerap yg boleh sbb x nak darah beku tersumbat dalam tiub...
Sebelum jumpa doctor nurse kena bersihkan darah beku dulu
Kat Tropicana Medical Centre ni doctor tak masuk bilik check patient so kita kena gi bilik rawatan dia utk check hidung.. Setiap pagi sebelum doctor check, nurse kena bersihkan dulu hidung dari segala darah beku bagai supaya doctor senang check.. Masa tu nmpk la ramai gak org dewasa yg buat operation ni.. Kanak2 kira akak sorang je masa tu hi.. hi.. :-)
Seingat saya beberapa hari juga la kakak tak boleh cakap.. Nak apa2 dia tulis je.. Kita akan kerap dengar dia cakap dia rasa darah sbbnya darah yg kat hidung tu akan meleleh ke tekak.. Nak kuarkan tak boleh sbb tonsil masih sakit.. Hari ke-3 dah boleh discharge dengan tiub masih dalam hidung.. Kat rumah kita continue buat douching sampai air habis.. Hari ke-4 baru kakak boleh telan macaroni & cheese dia.. Kalau tak soft diet je, makan benda2 lembut.. Hari ke-7 pergi hospital balik utk kuarkan tiub dalam hidung tu pula.. Prosedure dia 2 jam je.. Masuk day ward, ptg kami balik.. Masa tu dah boleh makan macam biasa...
Rasanya kalau buang tonsil je tak byk cabaran.. Yg banyak cabaran bila tekak tak boleh makan & bercakap pastu hidung pula darah mengalir je.. Kalau ada parents tanya saya "Patut tak kalau anak mereka pun buat pembedahan tonsil?"... My advise ;
1. kalau doctor advise buat operation sebaik2nya buat seawal yg boleh sbb takut komplikasi buat lambat ni nnt jadi macam anak saya; batang hidung pula senget.. Dari 1 masalah dah jadi 2 masalah...
2. kanak2 yg tengah membesar ni sel2 mereka cepat tumbuh so luka pun cepat baik.. Speed recovery..
3. kurang komplikasi bila buat masa kecik. Kalau buat masa dewasa banyak benda kena pantau macam kena pastikan tekanan darah stabil & takde darah tinggi masa operation.. Kalau kencing manis kena pantau kandungan gula pula sbb nnt takut luka lambat baik @ infection
Setahun berlalu & sekarang kakak dah boleh makan apa saja yg dia nak, dah boleh tidur aircond, jerebu dah tak sakit lagi & berdengkur dah xde (so tidur lebih lena & eye bag pun xde). Bila saya tanya "Berbaloi tak buat operation?".. Kakak cakap "Berbaloi sbb semua benda dah boleh makan & boleh tidur aircond!" Hidung pun dah x kembang lagi kalau tak tu kembang macam resdung.. Treatment pun dah habis, alhamdulillah kakak dah boleh nikmati hidup macam kanak2 normal yg lain.. Saya rasa bersyukur sgt sbb masih belum terlambat sbb anak saya dpt lalui zaman kanak2 dia mcm kanak2 lain; dah boleh makan aiskrim, minum air batu, pergi sekolah masa jerebu, tidur pun dah lena, etc.. She has a better life now.. To parents out there prevent is beter then cure so act fast! :-D
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment