Daftar anak ke pra-sekolah bantuan kerajaan di sekolah kebangsaan

on Tuesday, June 18, 2013

Pagi tadi hantar anak pergi sekolah kebangsaan ternampak banner utk pendaftaran anak ke pra-sekolah (program pendidikan awal kanak-kanak) dah dibuka dari 1/6/2013 - 30/8/2013. Ramai kawan2 yg nak hantar anak ke pra-sekolah bantuan kerajaan ni sebab FREE. Kalau kena bayar pun masa pendaftaran utk buku & uniform je. Tp kalau dah nama pun bantuan kerajaan jadi mmg hanya mereka yg memenuhi syarat2 tertentu aje la yg dpt. Bila tanya sekolah tak bgtau pula apa syarat2nya, mungkin dia takut ibubapa tipu dalam borang permohonan tu kot hi.. hi.. 

Tapi kalau anda nak cuba memohon boleh la pergi ke pejabat sekolah berkenaan untuk mengambil borang. Untuk senarai sekolah-sekolah yg menawarkan pendidikan pra-sekolah sila klik sini (utk negeri selangor sahaja). Sesetengah negeri menawarkan permohonan online utk pra-sekolah. Jadi kita boleh google atau balik nanti boleh la lalu depan sekolah yg kita nak masukkan anak kita tu ye supaya kita tak ketinggalan. Disekolah anak saya prosesnya begini ;

1. Ambil borang permohonan di pejabat sekolah dari jam 8.30 pg - 3ptg
2. Isi borang & lampirkan salinan yg diperlukan.
3. Pergi semula ke sekolah utk menghantar borang permohonan sebelum 30/8
4. Jawapan akan diberikan sebelum hujung tahun

Sebaik2nya register anak utk tahun 1 dahulu sebelum ke sekolah supaya kedua2 permohonan ke darjah 1 & permohonan ke pra-sekolah dapat di hantar sekali. Jadi tak payah nak pergi sekolah 2 kali. Lagi pun permohonan utk pra-sekolah di hantar ke sekolah utk diproses & manakala permohonan utk ke darjah 1 di hantar ke pejabat pendidikan untuk diproses (sbb tu kena buat permohonan online). Pada mereka yg bekerja elok la hntr kedua-dua permohonan sekali utk menjimatkan masa

Yang bagusnya pra-sekolah di sekolah kebangsaan ni anak kita dah terdedah dgn persekitaran sekolah kebangsaan jadi nak masuk darjah 1 nnt tak la 'culture shock' sgt. Lagi pun free, jadi pada mereka yg layak dpt tu pasti dapat meringankan beban bulanan mereka. Tengok kelas pun cantik & kemas. 1 kelas ada dalam 2-3 orang guru & pelajar dalam 25 orang dlm 1 kelas. Tak banyak sikit pun anak kita belajar juga kan? 

Jadikan luangkan sedikit masa demi masa depan anak2 & semoga anak kita menjadi anak yg berjaya di dunia & akhirat. aminnn... :-)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved