Perkara yg tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan

on Monday, July 15, 2013

Puasa dah pun menginjak ke hari ke-6 hari ini tp ada juga beberapa perkara yg mungkin menjadi kemusykilan pada kita semua terutama sekali jika ada kaitan dengan perubatan & kesihatan. Bila tak sihat & perlu buat pemeriksaan semasa berpuasa kita takut kalau buat ikut prosedur nanti boleh terbatal puasa pula. Jadi apa kata kita lihat di sini apakah perkara2 yang tidak membatalkan puasa.. 

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN
  1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
  2. Ubat GTN yand diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
  3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
  4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
  5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakann miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan
  6. Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
  7. Menderma atau menerima darah
  8. Menerima oksigen atau gas untuk bius
  9. Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
  10. Megambil darah untuk pemeriksaan
  11. Memasukkan tiub (catherer) untuk pemeriksaan
  12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
  13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
  14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)
  15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
  16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
  17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
  18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa
  19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis
Rujukan :
IOMS (Islamiz Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Fiqh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq) dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardawi bersama Majlis Fatwa Eropah)

Lampiran yg dikeluarkan oleh Dr Ahmad Zakimi Bin Abdullah

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved