Tips jimat petrol

on Monday, September 9, 2013



1. Penuhkan tangki minyak. Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang jadi minyak kurang meruap. Lebih kosong tangki bermakna lebih luas permukaan minyak jadi lebih cepat minyak meruap.

2. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Perasan tak bila kita isi minyak dgn laju kita boleh rasa udara bercampur dengan minyak? Minyak yg bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

3. Isi minyak ketika cuaca sejuk contohnya selepas hujan @ waktu malam kerana ketika itu ketumpatan minyak lebih jadi kita boleh memaksimumkan minyak yg kita isi

4. Kurangkan laju & bawa pada kelajuan konsisten. Jangan tekan minyak terlalu mendadak kerana ianya menyebabkan kita mengepam lebih minyak ke dalam enjin

5. Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yg lebar

6. Letakkan kereta di tempat teduh. Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan & tangki minyak juga kurang panas jadi minyak kurang meruap

7. Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yg betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak

8. Rajin2lah bersihkan kereta. Apa saja barang yg tak diperlukan keluarkan dari kereta. Tahukan anda beban sebanyak 50kg akan menggunakan 2% minyak?

9. Rajin2lah jalan kaki. Kalau dekat2 tu jalan kaki aje la. Badan sihat, minyak pun jimat! hi.. hi.. 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved