Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Express Teppanyaki di One Utama

on Tuesday, October 4, 2016

Bila sejuk & perut lapar pulak tu mmg best la kalau dapat makan nasi panas2 & lauk yg baru lepas masak kan? Pergh! Memang best la.. :-D Meh kak lyn recommend korang makan kat Express Teppanyaki Stall ni.. Kitorang biasa pergi yg kat dalam Food Republic One Utama tu je.. Tengok pun dah sedapkan? Yummeh! :-P

Biasa amik daging tp kali ni makan lamb lak :-D

Kitorang dah berapa kali raya dah sebelum balik rumah gi makan teppanyaki dulu.. Ye la, kembung perut dah makan lemang, rendang, ketupat bagai so kalau makan nasi putih panas2 dgn lauk panas2 mmg la nikmat sangat pastu lawan kentut dalam kereta! Ops! Ha! Ha! :-D 

Masak panas2 depan kita

Sempoi je masak tp sedap

Apa taknya gravy @ kuahnya tu di buat dari kuah air rebusan daging yg ditambah dgn lada hitam.. Tak la pedas sangat so kanak2 boleh makan.. Kuahnya tu sedap sampaikan anak2 kak lyn semua makan sayur kat sini.. Almaklum la daging ke, ayam ke, ikan ke di letak atas sayur2 tu so nak makan kuah tu kena makan dengan sayur2 sekali.. :-D It's a good way to educate kids to eat vegetables right? ;-)

Kami biasa amik set so berbaloi sikit

Dorang masak depan kita so makan la kita kat depan dapur tu.. Amik set la biasanya murah sikit.. Siap ada sup lagi.. Air tak byk pilihan, ada 2 je; longan & oren.. Teppanyaki byk pilihan, nak makan nasi goreng je pun ada.. Nah! Menu Express Teppanyaki dia, korang boleh belek2 kot2 plan nak bawa family nnt senang :-D

Ni kalau nak amik set

Goreng2 ada, nak campur2 pun boleh

Ni side order & air

Ha! Tak caya? Makan sayur dgn nasi je pun dah sedap :-D

Tada! En husband & kakak punye licin.. Tinggal aluminium foil je.. Abang tinggal sawi, pahit katanya.. Me? Dah kenyang gila, tak boleh makan dah..

So kalau tak tau nak makan mana kat One Utama tu boleh la gi Express Teppanyaki ni ye.. Stall dia dalam Food Court (Food Republic) yg tingkat 2 tu.. Kami dah cuba teppanyaki lain tp mmg sini je yg anak2 suka.. Dan yg paling best bila tengok anak2 makan sayur.. So cubalah ye! :-D

Resepi Kentang Berlada

on Monday, August 15, 2016

Hari ni terlewat masuk dapur utk masak petang.. Jadinya nak masak yg simple tp sedap untuk anak2.. hi.. hi.. 🙊 Tengok kentang dah tau dah mesti dorang suka makan ni.. Guna lak inspire so senang la masak... Senang je, korang boleh cuba 😃

Bahan2nya ;
* 5 biji kentang (yg kuning tu lebih lemak & garing)
* 3 biji bawang besar
* 2 sudu besar cili sangai yg diblender
* 1/2 sudu besar minyak sapi
* 4 sudu besar minyak masak
* Garam 
* Gula

Kentang tu potong memanjang.. Lagi nipis lagi sedap sbb dia rangup.. Bawang besar potong kasar ye..

Guna Inspire Fryer utk goreng terus 5 biji kentang tu.. Senang, jimat masa.. Takde la nak goreng 3-4 kali guna kuali kecik hi.. hi.. 😅
A - Baru masuk kentang dalam fryer
B - Selepas beberapa minit dibiarkan dalam fryer kentang pun dah kecut sikit so kacau kan.. Kentang tu tak boleh nak kacau selalu sbb nnt patah.. Dengan inspire haba rata so tak perlu risau yg kentang tu hangit ke.. Kita biarkan aje sambil jenguk2 dari jauh.. Boleh la goreng ikan tepi tu sekali.. Sementara tunggu kentang & ikan masak sempat la kak lyn kemas rumah bagai hi.. hi.. I loike.. Jimat masa... 😘
C - Toskan kentang bila dah kuning macam ni.. Yang ni pun kak lyn kacau rata 3 kali je.. Tak kacau byk kali 😃

Keluarkan Inspire Wok pula...
D - Panaskan 4 sudu minyak masak + 1 sudu minyak sapi tadi.. Kalau nak sedap lagi gunakan butter iso minyak masak ye..
E - Layukan bawang tadi sehingga wangi @ mat saleh selalu kata 'caramalised'kan.. 
F - Tambah garam, gula & separuh cili kisar tadi.. Kacau rata 😃

G - Wangi je bau cili & bawang tu masukkan kentang tadi
H - Gaul kentang hingga wangi.. Perasakan kalau kurang.. Campurkan baki cili kering tadi.. (saya tak letak semua sbb cili kering kisar cepat hangit, jadi letak separuh2 supaya tak rasa hangit cili tu)
I - Gaul rata & tutup api.. Siap! :-D

Such a simple menu tp bagus utk galakkan anak makan sayuran..
Ikan goreng + tauge teppanyaki je pun dah sedap...
Kalau dah anak makan sampai bertambah nasi tu ok la kan? Hi.. hi.. :-D
Yang penting dapat gak masak utk anak sambil kemas rumah tu.. So berbaloi la ada inspire ni walaupun mahal.. 

Klik sini kalau anda berminat dengan Inspire Set ni ye :-D


Resepi Pizza

on Wednesday, October 15, 2014

Kali ni saya nak share buat pizza yg mudah sgt.. Yang kebanyakannya bahan2nya mmg dah ada kat rumah ye.. 


Bahan-bahan utk base ;
* 350gm tepung (diayak)
* 200ml air suam
* 11gm instant yis (sepeket)
* 1 sudu besar minyak zaitun
* Sedikit garam

Bahan-bahan topping ;
* Sosej
* Nenas kiub
* Tomato sos / Cili sos
* Mozarella cheese

Cara2nya ;
1. Ayak tepung didalam season serve
2. Taburkan garam, instant yis & minyak zaitun
3. Buatkan 'well' (lubang ditengah2 adunan) & masukkan air kemudian uli
4. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga habis
5. Adun di dalam season serve sehingga kesemua tepung tidak melekat lagi pada season serve
6. Tutupkan season serve & biarkan doh mengembang (lebih kurang 30 - 45 minit)
7. Ambil sedikit doh (terpulang ikut ketebalan kita) & kemudian canai sehingga mendapat ketebalan yg kita ingini
8. Lenserkan Inspire Fryer dengan sedikit minyak zaitun & kemudian masukkan doh
9. Ratakan sos. Letakkan Sosej, nenas & akhir sekali mozarella cheese
10. Bakar atas dapur mengikut kerangupan yg kita ingini. Lagi tebal doh lagi kecil api
* Terpulang nak letak topping apa pun. Saya sendiri lepas letak mozarella tu letak pizza spice. Tp pizza ni asalkan ada base, topping & mozarella jadi la dia pizza! Yang penting ada Inspire, apa pun boleh buat hi.. hi.. :-D




Online Cooking Class!

on Thursday, February 20, 2014

Selain dari kelebihan2 jadi ahli dengan kami (seperti yg dinyatakan di sini), anda juga boleh belajar masak online. So Tupperware Kiosk members jom masak udang & kangkung ni setengah jam je guna inspire.. Klik sini utk belajar ye.. Resepi simple, senang & sihat sbb x pakai minyak! Yang belum jadi ahli tu apa lagi? Jom join kami kat sini ;D

Jom bawa anak-anak berbuka di kedai upin ipin!

on Thursday, July 18, 2013

Bulan2 puasa ni paling seronok layan & tengok gelagat anak2 berpuasa kan? Kalau hilang sabar silap2 kita sendiri hulur pinggan kat anak! ha! ha! ha! :-D Jadi apa kata kali ni sebagai 'reward, pada anak kita yg berpuasa kita bawa anak berbuka di restoran upin ipin ni. Siap ada menu berbuka lagi (seperti dibawah). Kami 1st time pergi restoran ni hujung tahun lepas. Seronok sbb kedai penuh, kanak2 ramai tp semua senyap je... Biasanya kalau pergi restoran kanak2 yg paling meriah, yg ni senyapppp je.. tertib betul anak2 ni makan.. apa taknya, kat restoran tu ada tv yg dipasangkan cerita upin ipin jadi anak2 ni leka tengok tv sambil ibu2 suap anak.. senang sikit nak bagi anak makan ye? hi.. hi.. Dah nama pun restoran upin ipin jadi kebanyakan menu utama masa tu ayam goreng la.. Rasanya ok la masa tu, mungkin sekarang ni dah bertambah baik lagi sbb dah banyak branch kan.. So jangan lupa cuba ye, kat bawah ni ada senarai tempat ianya dibuka beserta no tel.. Pada hari-hari tertentu upin ipin sendiri akan datang kat restoran2 ni.. so sebelum pergi boleh la call & book dulu.. takut penuh nnt xde tempat pula tp dah janji dgn anak ni.. haru! :-)

Menu berbuka di restoran upin ipin

Cawangan2 restoran upin ipin


Apam balik leleh buat makan petang..

on Thursday, June 13, 2013

Jam menunjukkan pukul 3 ptg.. Ish! Lapar pulak. Singgah jap la beli apam balik.. RM2.50 je sekeping.. orang panggil apam balik leleh sbb masa makan panas2 tu isinya meleleh gitu.. uish! sedap.. dapat pula tepungnya sedang elok; tak tebal, tak pahit, tak rasa sgt bahan penaiknya.. ditabur pula dgn cukup kacang kisar, krim jagung, gula & margerin yg bila panas cair & membuatkannya meleleh.. Bak kata orang putih 'They compliment each other' hi.. hi.. Macam masterchef pulak.. Biasa makan apam balik sepotong dua dah cukup tp yg ni kalau makan sepotong nak lagi. Kalau bawa balik rumah sekeping tak cukup, mesti nak dua.. anak-anak pun suka...


Kalau nak cari kedai ni senang aje.. Dia terletak kat seksyen 6 Kota Damansara.. Kalau nak ke Tropicana Medical Centre tu ada Mc'donald belah kiri belok simpang ke kiri tu & belok kanan kat simpang pertama belah kanan.. Kat situ dah boleh nampak banyak kedai2... Nanti carilah kedai pakcik ni ye...


Pakcik ini mengingatkan saya pada arwah ayah yg juga pernah berniaga gerai.. Rupa pun ada sikit2 la, kalau ada pahala yg saya dapat dari entri ini saya sedekahkan pada arwah ayah saya... amin.. :-)

Sarapan mana pagi tadi?

on Saturday, June 8, 2013

"Kita nak sarapan kat mana pagi ni bu?", tanya anak lelaki saya. "Hmmm.. dah lama tak makan lontong la. Kita makan kat belakang tapak pasar malam Paya Jaras tu la" kata saya... Sampai aje terus saya order lontong & kedua-dua anak saya order nasik lemak walaupun ada lagi makanan lain   seperti mee goreng, meehun goreng, kuih-muih, etc .. Lontong sampai dulu "Wah! Sedapnya ibu" kata anak perempuan saya.. Ce tengok, sedap ke? hi.. hi..

Lontong & air teh 'o' saya

Serentak dgn itu terbau nasi lemak yg mengingatkan saya pada nostalgia lama nasi lemak masa kecik2 dulu.. dulu2kan ada budak2 yg jerit "Nasiiiiii lemakkkkk... Nasiiiii lemakkkkk..". Bau nasi lemak dia sama sgt dengan nasi lemak zaman2 dulu, wangi. Susah nak jumpa nasi lemak mcm tu skrg ni. Bayangkan, belum letak atas meja dah bau wangi nasi lemak tu.. Dikukus pula, bukan di tanak.. lagi mengecurkan air liur hi.. hi.. 

Nasi lemak anak saya

Lontong tu tak pedas jadi sesuai utk kanak2 tp sayangnya kalau makan plain aje rasa kurang la... dia sedap bila makan dgn kuah kacang tu... Sedap sampai anak saya yg makan lontong saya hi.. hi.. Ok la, tak pedas sgt utk kanak2...  saya pula dok makan nasi lemak kukus anak saya yg wangi tu.. mengembalikan nostalgia lama la katakan hi.. hi.. 

Saya biasa bawa mak sarapan pagi2 & dia selalu order lontong jadi saya tau kat area ni mmg kedai ni je la yg sedap. Yang lain2 tu pedas & kurang la. Jadi kalau teringin nak makan lontong mmg kat sini je la yg saya pergi selain 1 lagi kedai makan kat kampung budiman yg mmg terkenal dgn masakan jawanya. Yang tu nnt saya cerita lain kali ye tp tukang masak kedai ni pun mmg orang jawa so lontong & nasi lemak dia mmg 'taste' jawa la hi.. hi.. Harga ok la.. Nasi lemak RM1 sepinggan & lontong tu RM 2.50 semangkuk.. Alhamdulillah rezeki pagi ni... 

Kalau teringin nak makan kat sini boleh la cari kedai ni kat belakang tapak pasar malam Paya Jaras ye..

Kedai sarapan lontong & nasi lemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved