Tips elakkan Tupperware anda cair dalam microwave...

on Saturday, June 15, 2013

Minggu ni terima lagi 1 aduan dari consultant. Dia tgh cari 1 bekas utk digantikan kepada kawannya sbb dia tak sengaja panaskan ayam masak merah dalam microwave. Akibatnya bekas tu cair... Silapnya dia panaskan makanan tu dalam canister! Tapi ada juga yg panaskan dalam crystalwave tp masih lagi cairkan?

Sebenarnya kalau nak panaskan makanan anda kena guna crystalwave range. Yang paling penting berapa lama anda panaskan & berapa suhunya. Kalau tak adjust suhu & biarkan panas pada suhu max pastikan anda panaskan paling max 40 saat sahaja walaupun dalam manual Tupperware tu kata max boleh panaskan 2 minit. Rasionalnya begini. Lain makanan yang dipanaskan lain tindakbalas pada bekas. Lagi berminyak & berlemak makanan itu lagi cepat bekas akan cair. So ikut je langkah ni ;

1. Kalau tak adjust suhu. Panaskan 40 saat
2. Keluarkan & kacau rata makanan & kemudian rasa samada cukup panas tak. Kalau tak cukp panas masukkan lagi utk beberapa saat.
* Pastikan paling lama anda panaskan 40 saat je sekali panas & kacau rata bila keluarkan. 

Crystalwave soup mug

Harap2 lepas entri xde lagi la Tupperware sesiapa yg cair ye hi.. hi.. Anda juga boleh baca tentang penggunaan square round & one touch yg betul di sini ye.. Klik sini kalau nak tau cara simpan Tupperware yg betul pula :-)



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved