Showing posts with label Tips @ petua. Show all posts
Showing posts with label Tips @ petua. Show all posts

Tips pilih buah oren manis..

on Wednesday, July 17, 2013

Masa kecik2 dulu mmg tak suka & tak pernah suka buah oren sbb rasanya yg masam. Maklum la budak2, budak2 kan suka benda2 manis hi.. hi.. Tapi skrg saya dah suka makan buah oren sbb rasanya sedap, manis & tak boleh nak berhenti makan pula dah. Ianya bermula bila bapa mertua hidangkan buah oren, seperti biasa saya menolak sbb saya tak suka oren masam kata saya tetapi bapa mertua kata oren tu manis. Jadi saya ambil sepotong dan rasa.. Wah! memang manis. Saya tanya buah oren jenama apa tp bapa mertua saya kata bukan pada jenama tp lihat pada bahagian bawah buah oren tu (seperti gambar di bawah). Kalau macam pusat tu kira manislah tu.. Biasanya rata aje kan? Dah rata ada macam 1 titik je, yang tu masam. Kalau nak yg manis & anak2 pun suka makan carilah yg bawahnya macam ni. Kebetulan di kedai rumah saya mmg ada jual oren yg mcm ni so mmg selalu beli. Anak2 pun dah pandai, kalau oren ni berebut makan. Pada saya kalau nak ajar anak makan buah ajarlah mereka dgn yg sedap2 dulu sbb kalau sekali dorang makan tak sedap nanti sampai besar pun dorang tak suka makan (saya la tu hi.. hi.. )... Jangan la berkira utk beli makanan yang mahal utk anak2 @ suami makan, berilah mereka makan makanan yang baik sbb itu yang tuhan kita suruh. Nanti tuhan akan ganti balik dengan sesuatu yg lebih baik lagi...
Buah oren manis

Petua agar ayam tak hanyir & kurang berminyak..

on Tuesday, July 16, 2013

Bulan2 puasa ni ibu2 sibuk la memasak makanan kegemaran anak & pasti ramai kanak2 suka makan ayam; ayam goreng, sambal ayam, rendang ayam, etc. Tapi perasan tak ayam sekarang tak macam dulu. Ayam skrg byk lemak & ada bau hanyir. Maklum laaa.. ayam 48 hari la katakan hi.. hi.. Kadang2 masak tengahari malam dah berbuih, kalau di biarkan semalaman ada bau hanyir yang amat kuat jadi sebaik2nya jgn la makan ayam selalu. Tapi bila nak makan tu cubalah rendam ayam tu dulu dengan tepung gandum dulu. Macam gambar kat bawah ni seekor ayam, direndam dgn 1/2 cawan tepung gandum. Gaul rata & biarkan dalam 10 minit kemudian basuh bersih. Pastikan dah siang & buah lemak baru rendam ye. Anda akan dapati ayam tu lemaknya akan berkurangan & bau hanyir tiada lagi. Cubalah ye ;D


Freezermate & square round mudahkan kerja memasak bulan puasa..

on Friday, July 12, 2013

Awal ramadhan hari tu pergi kedai beli barang2 basah.. maklumlah.. nak prepare utk bulan puasa.. takkanlah semua nak belikan di pasar ramadhan kan?  yang beli tu belum tentu selera kita.. nak senang masak aje la.. seperti biasa kemas dulu barang2 yg beli tu...  
Barang2 dapur yg baru di beli.. 


masukkan dalam bekas yg sesuai.. utk sayur2an berdaun letak dalam fridgesmart sbb sayuran berdaun ni dia bernafas jadi letak dalam fridgsmart nanti buka dua2 button tu supaya sayur boleh 'bernafas' & tahan lebih lama.. yang xde daun letak dalam square round... stock ikan, ayam & udang letak dalam freezermate. Bekas2 ini mmg direka khas utk bahan2 tersebut sbb tu kita lihat di bawah bekas tu ada ruang udara supaya bila kita tingkatkan bekas2 tu nnt ada udara sejuk yg boleh masuk & bekukan makanan dengan rata & sekata... takdelah kita longgokkan ikan & ayam tu dalam fridge dengan plastik2nya.. bila kita longgokkan makanan fridge ambil masa yg agak lama utk bekukan makanan terutama yg bahagian bawah.. sebab tu malamnya nanti kita boleh nampak bahagian paling atas ada frost tp yg bawah sekali masih belum beku! kita memaksa fridge kita 'bekerja' dengan lebih keras utk membekukan makanan & seterusnya fridge akan cepat rosak.. jadi 'invest' la pada bekas yg betul & makanan akan tahan lama & masih berkhasiat.. 
Siap masuk dalam bekas...


Dalam 15 minit siap semua! Freezer & fridge dah kemas.. nak amik ikan atau daging pun senang.. buka pintu je dah nampak apa yg ada & terus ambil bekas yg perlu lepas tu tutup.. tak perlu buka & belek2 plastik mana kita simpan ikan atau ayam.. tu belum lagi nak keluarkan ikan yg dah beku tu... dapat pula kalau melekat dgn plastik2 lain lagilah lama pintu freezer tu terbuka.. bila lama terbuka udara sejuk lebih byk yg keluar & fridge kita akan ambil masa yg lama utk sejukkan balik freezer.. lebih lama masa yg diambil maka lebih tinggi la bill letrik kita hu.. hu.. kalau kemas macam kat bawah ni kan senang je nak masak.. ikan pun kurang frost jadi ambil masa yg singkat utk ikan lembut.. tak perlu rendam.. kalau rendam nanti khasiat dalam ikan akan keluar & ikan jadi tawar.. dah tak sedap.. cuba tengok ayam yg saya simpan (bahagian atas) tu.. walaupun beku tapi masih merah.. paling ketara pada daging, tak lebam pun.. merah macam baru beli.. kalau nak masak utk berbuka petang ni, sebelum pergi kerja keluarkan bekas dari freezer & masukkan dalam fridge.. jadi bila sampai rumah ikan dah lembut.. serupa juga bila nak bersahur, sebelum tidur keluarkan bekasnya & masukkan dalam fridge.. nak jimat masa siapkan pes masakan (utk 4-5 kali masak) masa hujung minggu & simpan dalam freezermate junior (gambar bawah bekas bawak sekali belah kiri).. keluarkan ikan keluarkan sekali pes.. kerja memasak jadi cepat sebab selalunya yg lambat nak siapkan bahan2 memasak biasanya.. bila dah buat awal kita dah jimat banyak masa kat situ.. Kalau buat mcm ni balik kerja pun biasanya sempat masak!
Freezermate dalam freezer...


Kalau buka fridge pun senang nak cari sayur. Bayangkan bangun pagi nak masak sahur, dengan mata terpisat nak cari sayur kadang2 buang masa nak cari sayur dalam plastik aje.. Tapi kalau simpan kemas mcm ni pun dah boleh nampak sayur apa yg ada dalam bekas. Tak perlu nak tercari2 dalam plastik mana kita simpan sayur.. bila dah lama dalam plastik sayur akan berair & akhirnya buang aje.. atau pernah tak kita terbeli sayur yg sama sbb tak ingat samada sayur tu masih ada atau tak.. nak senang biasanya kita beli aje lepas tu balik bila kemas barang ternampak sayur yg sama kita beli tadi.. dah membazir kan? Bila buang dah kira bazir duit tu, kalau kumpul pun dah boleh beli dah square round ni & fridge jadi lebih praktikal, kemas, bersih & tahan lama.. 
Square round & fridgesmart dalam fridge...

Jangan ambil mudah walaupun ianya hanya fridge kerana fridge la tempat kita simpan makanan utk kita masak pada ahli keluarga. Walaupun nampak peranannya kecil tapi impaknya besar pada kesihatan & kehidupan seharian. Anda boleh lihat sendiri bezanya di atas.. Saya hanya share freezermate, square round & fridgesmart di sini.. jika anda ingin tahu kelebihan one touch (utk mengekalkan kerangupan makanan) & modular mates (simpan makanan dalam kabinet dapur) anda boleh baca di sini... Kalau anda ingin membeli barangan di atas, menjadi ahli supaya boleh jimat 25% bila beli barang atau dpt untung 25% bila jual pada kawan2 anda boleh klik sini.. There are more to share & save when you are a members! See you soon! 

Tips elakkan Tupperware anda cair dalam microwave...

on Saturday, June 15, 2013

Minggu ni terima lagi 1 aduan dari consultant. Dia tgh cari 1 bekas utk digantikan kepada kawannya sbb dia tak sengaja panaskan ayam masak merah dalam microwave. Akibatnya bekas tu cair... Silapnya dia panaskan makanan tu dalam canister! Tapi ada juga yg panaskan dalam crystalwave tp masih lagi cairkan?

Sebenarnya kalau nak panaskan makanan anda kena guna crystalwave range. Yang paling penting berapa lama anda panaskan & berapa suhunya. Kalau tak adjust suhu & biarkan panas pada suhu max pastikan anda panaskan paling max 40 saat sahaja walaupun dalam manual Tupperware tu kata max boleh panaskan 2 minit. Rasionalnya begini. Lain makanan yang dipanaskan lain tindakbalas pada bekas. Lagi berminyak & berlemak makanan itu lagi cepat bekas akan cair. So ikut je langkah ni ;

1. Kalau tak adjust suhu. Panaskan 40 saat
2. Keluarkan & kacau rata makanan & kemudian rasa samada cukup panas tak. Kalau tak cukp panas masukkan lagi utk beberapa saat.
* Pastikan paling lama anda panaskan 40 saat je sekali panas & kacau rata bila keluarkan. 

Crystalwave soup mug

Harap2 lepas entri xde lagi la Tupperware sesiapa yg cair ye hi.. hi.. Anda juga boleh baca tentang penggunaan square round & one touch yg betul di sini ye.. Klik sini kalau nak tau cara simpan Tupperware yg betul pula :-)



Elak ketegur bayi

on Wednesday, June 5, 2013

Kelmarin biras mengadu bayinya yg berumur 10 bulan selalu menangis malam2 tak boleh nak tidur malam, kena ketegur kata orang tua. Biasanya jadi bila siang tu dorang pergi kenduri, ramai orang yg bergilir2 dukung anak dia. Mana taknya, cubalah tengok anak dia, cute kan? hi.. hi.. 


Kata orang tua juga ketegur ni bukan la benda yg tak baik. Sekeliling kita ada benda halus yg kita tak nampak kan? Kadang2 benda halus ni tegur la "Comelnya budak ni" atau "Cerdiknya budak ni" dahhhh kena ketegur. Tanda2 ketegur ni pula anak tak boleh tidur malam, menangis malam2 @ merengek je, kalau mata dia terlelap aje dia tersentak & menangis. Kadang2 sampai bawah mata tu hitam la sbb dia tak  boleh nak tidur. Jadi utk mengelakkan dia kena ketegur tu teringat la saya akan petua orang tua ni... Sebelum bawa anak keluar rumah, sapukan sendi2 anak dgn minyak busuk! Ideanya mcm ni, baby kan wangi so benda2 halus ni suka la kat dia jadi utk mengelakkan baby ni dari menarik perhatian benda2 halus ni kita busukkan dia! ha! ha! ha! cam zalim je bunyinya kan? cuma pakaikan dia dgn minyak busuk ni la.. itu je, jgn lak sapu benda2 busuk kat anak lak ye hi.. hi.. 

Cara2 nak buat minyak busuk ni senang aje... Bahan2nya ;
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 tangkai daun garuda (ada juga orang panggil daun busuk)
  • 1 biji bawang putih (diketuk)
  • 3 biji lada hitam
  • 1 botol mudah bawa (utk isi minyak ni)

Yang lain2 tu senang cari kot tp daun garuda tu mungkin ramai orang tak tahu. Ni daun garuda ye, boleh cari kat nursery bunga tu.. Kredit kepada Mr Kumai utk gambar ini hi.. hi..


Masukkan minyak tu dlm 1 bekas & kemudian masukkan bawang putih yg telah diketuk tadi bersama daun garuda. Ramas ketiga2 bahan ini utk mengeluarkan baunya. Akhir sekali masukkan lada hitam & siap! Masukkan dalam botol..

Cara pakai minyak ni pula.. Selawat dulu & minta pada Allah supaya lindungi anak kita kemudian calit sedikit di ubun2, belakang telinga, pelipat tangan, pelipat lutut & akhir sekali tapak kaki. Ingat ye, yg melindungi itu Allah usaha kita cuma sapukan minyak tu je. InsyaAllah anak kita tak kena ketegur.. Cubalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Tupperware Kiosk Online! All Rights Reserved