Hari tu saya dah share pasal cara nak guna Tupperware yg betul kan? Pada yg belum berkesempatan baca boleh la klik sini. Skrg kita nak share mcm mana nak jadikan Tupperware kita tahan lama & sebelum itu saya nak tanya dulu 1 soalan...
Macam mana anda simpan Tupperware anda?
a. Tutup penutup rapat-rapat & susun dalam almari
ATAU
b. Buka penutup & asingkan. Simpan dalam almari
Untuk pastikan Tupperware kita kekal lama kita kena pastikan cara kita simpan Tupperware kita tu dgn cara yg betul..
Saya belajar dulu kalau nak simpan Tupperware lepas basuh, tunggu dia kering & kemudian simpan dalam almari dgn cara asingkan seal (penutup) & base (badan). Seal tu pula baringkan supaya rata. Rasionalnya begini ;
- Kalau tegakkan dia kalau tak pakai lama2 dia akan mengendur @ tak rata. Kalau kita baringkan seal, tak pakai lama pun dia akan tetap rata
- Bila seal tu ditutup rapat2 dgn base, kalau kita tak pakai lama2 seal akan ikut bentuk base. Bila kita nak pakai nnt kita akan perasan yg seal tu akan longgar, tak rapat mcm baru2 beli walaupun pakai beberapa kali aje. Bila kita asingkan, seal tak mudah longgar
- Bila base terbuka bau2 yg ada kat dalam tu akan cepat hilang. Takde la keropok kita bau biskut. Bila nak pakai nnt takde bau sgt kat dalam tu
- Base yg kita buka tu kita boleh tindihkan & simpan jadi sgt jimat ruang. Takdelah almari kita penuh dgn Tupperware2 yg tak pakai. Kalau susun sebenarnya banyak lagi ruang
Ha! Lepas ni belek2 Tupperware kita ye. Dah beli mahal kan? Jadi simpanlah dgn cara yg betul supaya Tupperware kita tahan lama. Make it worth it to buy. Ada rezeki nnt kita share pula tips2 lain & kalau anda rasa tips ini berguna share la dgn kawan2 yg lain ye semoga bermanfaat juga pada pada mereka...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment